PELAYARAN ENRIQUE MENGELILINGI DUNIA

Orang yang pertama mengelilingi dunia sentiasa menjadi subjek perdebatan. Adakah orang itu warga Portugis Ferdinand Magellan atau warga Sepanyol Sebastian Elcano? Ramai yang berpendapat jika Magellan tidak mati dibunuh dalam peperangan Mactan maka beliaulah yang wajar diangkat sebagai “Primus circumdediste me” (“Andalah orang yang pertama mengelilingi saya) dan bukannya Sebastian Elcano.

Mengikut catitan sejarah, Enrique merupakan seorang penterjemah Melayu yang mengikuti Magellan di dalam pelayarannya selama tiga tahun untuk mengelilingi dunia. Sekiranya Magellan mati, dan Enrique terselamat dari peperangan Mactan lalu pulang ke negeri asalnya, maka ini menjadikan beliau orang yang pertama mengelilingi dunia. Di sebalik pertikaian di antara penyokong beliau dan pihak yang meraguinya, tiada sesiapa pun yang dapat menyanggah kenyataan bahawa Enrique berjaya melengkapkan pelayaran yang luar biasa hebat itu sebagai seorang pelayar dunia yang kebetulan berasal dari Nusantara.

“MAGELLAN TOLD HIS MEN THAT THEY WERE NOW IN THE LAND HE HAD DESIRED, AND SENT A MAN NAMED HERÉDIA, WHO WAS THE SHIP'S CLERK, ASHORE WITH A NATIVE THEY HAD TAKEN... BECAUSE HE WAS KNOWN TO SPEAK MALAY, THE LANGUAGE SPOKEN IN THE MALAY ARCHIPELAGO.”

– GINES DE MAFRA

  • From Malacca to Lisbon, Portugal
  • (1511 - 1512)
  • Battle of Azzemour
  • (1513)
  • Brought to Seville, Spain
  • (1517)
  • Groomed for the Moluccan Armada
  • (1518 — 1519)
  • First to Cross the Pacific Ocean
  • (1520)
  • Mactan War
  • (1521)